🔥 Promosi Istimewa! Beli 6 Free 1 — Jangan lepaskan peluang ini !

🚚 Penghantaran Sejuk Kini tersedia untuk kesegaran maksima !

🍫 Kunafa Chocolate Available Dapatkan sekarang sebelum kehabisan stok!

Jenis Kacang Terbaik untuk Target Diet & Kesihatan Anda!

By Primal Malaysia  •   3 minute read

Sebelah tangan memegang mangkuk yang penuh dengan pelbagai jenis kacang untuk diet, dengan lebih banyak kacang tersebar di sekelilingnya.

Mencari snek berkhasiat yang sedap dan mudah dibawa ke mana-mana? Kacang adalah pilihan terbaik. Kaya dengan protein, lemak sihat, dan pelbagai vitamin, jenis kacang untuk diet yang betul boleh membantu anda mencapai matlamat kesihatan dengan lebih mudah.

Sama ada anda ingin tingkatkan tenaga, jaga berat badan, atau perkuatkan daya ingatan, setiap jenis kacang mempunyai kelebihan tersendiri. Jom kita lihat kacang untuk diet dan kesihatan mana yang paling sesuai untuk anda!

Kacang yang terbaik untuk pelbagai target kesihatan

1. Kacang gajus – untuk tenaga dan stamina

Sekumpulan kacang gajus yang tidak dipanggang.

Perlukan tenaga tambahan sepanjang hari? Kacang gajus kaya dengan mineral seperti magnesium, zat besi, kuprum, dan magnesium yang membantu tubuh menghasilkan tenaga secara semula jadi.

Ia juga mengandungi karbohidrat sihat yang memberikan bekalan tenaga yang stabil, menjadikannya snek sihat yang boleh membantu anda berasa lebih cergas dan fokus tanpa perlu bergantung pada kopi.

Cara baik menikmati: Simpan segenggam kacang gajus dalam bekas kecil dan nikmati sebagai snek petang yang mengenyangkan. Lebih baik jika ia kacang gajus panggang.


2. Kacang badam – untuk protein dan Vitamin E

Semangkuk yang penuh dengan kacang badam.

Ingin kulit sihat dan otot yang kuat? Kacang badam adalah sumber protein yang sangat baik, sesuai untuk mereka yang ingin membina otot atau mengekalkan jisim otot. Ia juga mengandungi Vitamin E yang tinggi yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan dan mengekalkan penampilan yang sihat.

Badam juga kaya dengan serat, menjadikannya kacang untuk diet yang popular kerana ia membantu anda rasa kenyang lebih lama. Malah, kajian mendapati pengambilan badam setiap hari selama 6 bulan mengurangkan kedutan sebanyak 16% dan pigmentasi kulit sebanyak 20%, maknanya kacang ini adalah potensi dalam penjagaan kecantikan kulit.

Cara baik menikmati: Campurkan kacang badam cincang dalam oatmeal atau yogurt untuk sarapan yang berkhasiat.

3. Kacang walnut – untuk otak dan daya ingatan

Satu pinggan kayu yang penuh dengan kacang walnut.

Kacang walnut terkenal sebagai "makanan otak" kerana bentuknya yang menyerupai otak dan kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi, di mana ia menyokong fungsi kognitif dan membantu meningkatkan daya ingatan serta fokus mental. 

Tambahan pula, kajian mendapati pengambilan walnut secara konsisten boleh meningkatkan tumpuan dan fungsi kognitif dengan kandungan antioksidannya yang melindungi sel-sel otak daripada tekanan oksidatif. Dengan kacang ini, anda dapat rasa lebih tajam dan mampu berfikir dengan lebih jelas selapas makannya.

Cara baik menikmati: Makan beberapa biji kacang walnut untuk meningkatkan fokus semasa waktu rehat atau sebelum mesyuarat penting.


4. Kacang hazel – untuk kesihatan jantung

Semangkuk penuh dengan kacang hazel.

Mementingkan kesihatan kardiovaskular? Kacang hazel adalah pilihan bijak. Kacang ini mengandungi lemak tak tepu tunggal (monounsaturated fats) yang membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). 

Kajian mendapati pengambilan kacang hazel memperbaiki faktor risiko kardiometabolik. Ia juga kaya dengan Vitamin E dan antioksidan yang menyokong kesihatan saluran darah dan mengurangkan risiko penyakit jantung. Dengan pengambilan yang teratur, anda boleh menjaga kesihatan jantung sambil menikmati kudapan yang lazat.

Cara baik menikmati: Kacang hazel sesuai untuk dijadikan snek malam yang sihat, terutamanya selepas dipanggang.


5. Kacang pistachio – untuk kawalan berat badan

Semangkuk rotan yang penuh dengan kacang pistachio.

Sedang kawal pemakanan? Kacang pistachio adalah snek berkhasiat yang rendah kalori berbanding kacang lain tetapi tetap tinggi serat dan protein. Kajian mengesahkan bahawa pistachio tidak semestinya menyebabkan kenaikan berat badan malah boleh menyumbang kepada penjagaan kesihatan diri.

Proses mengupas kulitnya juga melambatkan makan, membantu anda makan dengan lebih perlahan dan sedar tentang jumlah yang diambil. Ini menjadikannya jenis kacang untuk diet yang sangat berkesan untuk mereka yang ingin mengawal selera makan.

Cara baik menikmati: Kupas dan makan kacang pistachio secara perlahan-lahan untuk membantu mengawal saiz hidangan anda.

 


 

Tips menikmati kacang sebagai snek harian

  • Segenggam kacang (kira-kira 28-30 gram) sehari sudah mencukupi untuk menikmati khasiatnya tanpa pengambilan kalori berlebihan.

  • Gilirkan jenis kacang setiap hari untuk mendapat pelbagai nutrien. Contohnya, kacang badam pada Isnin, walnut pada Selasa, pistachio pada Rabu, dan seterusnya.

  • Elakkan melebihi 50 gram sehari untuk mengelakkan pengambilan kalori berlebihan, terutamanya jika anda sedang mengawal berat badan.

 


 

Nikmati snek yang berkhasiat dengan kacang di Mahnaz Food!

Kacang adalah snek berkhasiat yang mudah, lazat, dan penuh dengan khasiat. Dengan ramai varietinya, setiap jenis kacang untuk diet menawarkan manfaat unik tersendiri. Selagi anda membuat pilihan yang betul, anda boleh capai matlamat kesihatan sambil menikmati kudapan yang sedap.

Sedia menikmati kacang premium yang segar dan berkualiti tinggi di Malaysia? Layari Mahnaz Food hari ini untuk kacang gajus, badam, walnut, hazel, dan pistachio yang sesuai untuk setiap matlamat kesihatan anda. Dengan lebih 20 tahun pengalaman sebagai pengimport langsung, kami menjamin kualiti dan kesegaran dalam setiap produk.

 

Previous Next