Grab No 1 TOP Selling Delima

Penuhi Rejab dan Ramadhan dengan Kurma Premium Explore More

Isi siri CNY Anda Dengan NUTS

Apakah Khasiat Minyak Zaitun & Cara Gunanya Dalam Masakan?

Oleh Primal Malaysia  •   3 bacaan minit

Apakah Khasiat Minyak Zaitun & Cara Gunanya Dalam Masakan?

Minyak zaitun adalah antara ramuan yang amat berpopular, tetapi ia bukan sekadar bahan masakan — ia mempunyai banyak khasiat kesihatan dan kegunaan yang telah diamalkan sejak zaman dahulu. Dari dapur Mediterranean ke meja makan rakyat Malaysia, minyak ini semakin popular kerana kandungan nutrisi dan penggunaannya yang serba boleh.

Tetapi apa sebenarnya khasiat minyak zaitun, dan bagaimana kita boleh menggunakannya dalam masakan harian?

Minyak zaitun dan popularitinya sepanjang sejarah

Sejak zaman purba lagi, minyak zaitun turut digunakan untuk pelbagai tujuan melebihi kulinari, seperti bahan bakar untuk pelita, rawatan perubatan tradisional, penjagaan kulit, serta upacara keagamaan dan ritual suci. Ia adalah ramuan penting untuk pelbagai tujuan.

Kini, minyak zaitun—atau lebih dikenali sebagai olive oil—diperoleh melalui proses perahan sejuk buah zaitun tanpa penggunaan haba atau bahan kimia, terutamanya untuk kategori minyak zaitun extra virgin, yang paling tinggi kualitinya. 

Di dapur moden, ia sering digunakan dalam pelbagai hidangan seperti salad Mediterranean, pasta dan sebagai asas perapan serta pencicah. Rasanya yang halus dan aroma semula jadi menjadikannya kegemaran ramai, sama ada dalam masakan mahupun kegunaan kesihatan harian.

Kebaikan olive oil yang menyokong kesihatan

Sebotol kecil minyak zaitun.

1. Menyokong kesihatan jantung dan tekanan darah

Minyak zaitun extra virgin kaya dengan lemak tak tepu seperti asid oleik, yang membantu menurunkan kolesterol jahat (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik (HDL). 

Kandungan polifenolnya turut membantu mengurangkan keradangan, melancarkan aliran darah, dan menstabilkan tekanan darah, menjadikannya sokongan semula jadi untuk jantung yang lebih sihat.

2. Membantu penyerapan nutrien dan antioksidan dari makanan lain

Olive oil membantu penyerapan vitamin larut lemak (A, D, E, K) serta antioksidan seperti likopena (dari tomato) dan beta-karotena (dari lobak merah). Tambahan pula, satu kajian yang dilaporkan oleh Olive Oil Times menunjukkan bahawa olive oil membantu meningkatkan penyerapan nutrien apabila dimakan bersama salad.

3. Menyokong fungsi penghadaman

Olive oil merangsang penghasilan hempedu dan enzim pencernaan, yang membantu tubuh memproses makanan dengan lebih efisien. Ia juga bertindak sebagai pelincir semula jadi untuk usus, membantu mencegah sembelit dan melegakan ketidakselesaan perut.

4. Membantu kesihatan otak dan fungsi kognitif

Salah satu lagi kelebihan olive oil ialah ia mengandungi antioksidan dan lemak sihat, terutamanya dalam bentuk olive oil virgin, yang telah dikaitkan dengan peningkatan daya ingatan dan perlindungan sel otak terhadap penyakit seperti Alzheimer. Ini kerana kandungan antioksidannya melindungi sel otak daripada kerosakan oksidatif.

5. Menyokong kesihatan hati

Kandungan anti-radang dan antioksidan dalam olive oil boleh membantu melindungi hati daripada kerosakan akibat toksin atau pemakanan yang tinggi lemak tepu. 

Kajian dari National Library of Medicine (NLM) mendapati bahawa pengambilan minyak zaitun extra virgin secara berkala dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit hati berlemak bukan alkohol (NAFLD).

6. Menyokong kesihatan tulang

Walaupun kurang popular berbanding susu atau kalsium, minyak zaitun juga menyumbang kepada kesihatan tulang melalui polifenol dan vitamin K yang membantu mengekalkan ketumpatan tulang. 

Dalam satu kajian, PREDIMED trial menunjukkan bahawa individu yang mengamalkan diet tinggi minyak zaitun, terutamanya extra virgin, mempunyai ketumpatan tulang yang lebih baik dan risiko patah tulang akibat osteoporosis yang lebih rendah.


Apa kegunaan olive oil dalam masakan harian?

Berbanding minyak masak biasa, olive oil menawarkan rasa lebih halus dan aroma tersendiri. Berikut antara kegunaannya:

  • Tumis dan sauté ringan: Gunakan olive oil untuk menumis bawang putih, sayur atau makanan laut pada suhu sederhana.
  • Salad dressing: Campurkan bersama lemon, garam, dan cuka untuk sos salad yang sihat dan segar.
  • Perapan (marinade): Sesuai untuk ayam, ikan, atau daging merah, olive oil boleh menjadikan hidangan lebih lembut dan beraroma.
  • Pencicah: Nikmati bersama roti sebagai pencicah yang ringkas tetapi lazat.
  • Panggang dan bakar: Tambahkan ke atas sayuran sebelum dipanggang untuk tekstur rangup dan rasa kaya.

 

Tips penggunaan olive oil dengan betul

✔ Gunakan olive oil jenis extra virgin untuk khasiat paling tinggi.

✔ Simpan dalam bekas gelap dan tempat sejuk untuk elak pengoksidaan.

✔ Elakkan memasak pada suhu tinggi kerana ini boleh merosakkan struktur minyak.

✔ Gunakan dalam kuantiti sederhana. Walaupun sihat, minyak zaitun masih mengandungi kalori.

 

Kesimpulan

Dengan rasa yang enak dan pelbagai kelebihan dan untuk kesihatan, tidak hairanlah olive oil menjadi pilihan utama dalam masakan sihat. Sama ada untuk tujuan kesihatan atau kelazatan makanan, olive oil adalah bahan dapur yang serba guna dan bernilai tinggi dengan ramai khasiatnya.

Ingin menikmati rasa olive oil dan kebaikan untuk kesihatannya? Kunjungi Mahnaz Food hari ini dan beli minyak zaitun yang berkualiti tinggi dari jenama Hayat, Al Zahra, dan lain lagi untuk meningkatkan diet anda.

 

Sebelumnya Seterusnya